Tuesday, February 10, 2009

Kekuasaan....?

Sukakah kita dilaga-lagakan sesama saudara? Sukakah kita bila musuh menjadi pengadil di atas kealpaan kita? Itulah yang terjadi sekarang apabila keadaan politik berasaskan demokrasi berjaya mewujudkan sistem pecah belah sesama kita. Tidak perlu sistem pecah dan perintah yang pernah dipakai oleh penjajah, cukuplah dengan sistem demokrasi yang diwajib ke atas negara kita sebagai syarat untuk mendapatkan kemerdekaan dengan mudah oleh British.



Kesannya begitu ketara setelah lebih 50 tahun kita dimerdekakan. Banyak perkara yang berjaya diserapkan di dalam pemikiran rakyat Malaysia, terutama sekali orang-orang Melayu yang beragama Islam. Sistem pelajaran yang lebih menekankan kehidupan dunia berbanding sistem pendidikan yang menerapkan keperluan dunia 'dan' akhirat.



Cara orang-orang kita berfikir pula semakin jumud. Seolah-olah Britishlah yang berjaya memerdekan kita, padahal agenda mereka 'Sangat Besar'.



Perpecahan sesama kita semakin hari, semakin ketara. Sedangkan orang lain berlumba-lumba memungut kekayaan bumi Malaysia ini. Kini sebahagian besar ekonomi terus dikuasai oleh orang bukan Islam. Sehinggakan mereka mampu menjadikan kita seolah pendatang yang merayu untuk medapatkan sumber-sumber keperluan semasa. Harga dinaikkan bila-bila masa mengikut pertimbangan mereka. Ada masa barang keperluan disorok. Kita bagaimana?



Begitulah kita sekarang hanya bicara tentang kekuasaan atau kuasa memerintah sahaja. Sanggup berebut kuasa kononnya untuk menjadi hero sesama kita, sedangkan musuh memandang kita sambil ketawa. Taksub kepada parti mengalahkan fahaman kita kepada Al-Quran dan As- Sunnah.

Renung-renunglah apa akan jadi ke atas kita untuk 10 tahun akan datang. Adakah kita masih lagi berpijak di atas bumi Allah atau mungkin merempat seperti rakyat palestin.

Surah 13:11. Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.