Monday, September 28, 2009

Datang dan Pergi

Ianya datang pada hari ini dan kemudian ianya pergi. Tapi apa pelajaran yang engkau perolehi? Adakah sekadar bersukaria? Bergembira kerana melepasi ujian sebulan?

Adakah itu yang sepatutnya kita raikan? Ahh... dunia. dunia. dunia...

Kalau diterangkan pun belum tentu engkau faham. Belum tentu engkau percaya. Belum tentu engkau yakin... Kegelapan yang menyelubungi zaman hanya Cahaya yang Hak yang dapat menerangi.

Kelak engkau akan mengetahui juga kebenarannya, kebenaran yang Hakiki... "Bacalah, dengan menyebut nama tuhanmu yang menciptakan".