Monday, September 22, 2008

Budaya DOA terbaru!!!

Senario politik negara semakin hari semakin mendung. Banyak perkara diluar jangkaan berlaku. Kuasa politik yang jarang dicabar kini tercabar. Yang mencabar pula tidak kurang hebatnya. Bagi yang mempunyai akal, mungkin tertanya-tanya sampai bilakah keadaan ini terus berlaku.

Dalam masa yang sama, Islam menjadi modal bagi sesetengah politik kepartian menagih undi. Bermacam-macam nas Al-Quran dibacakan semata-mata menghalalkan cara.

Yang lebih malangnya sebagai seorang yang berpengetahuan agama, sepatutnya kita mendoakan agar musuh mendapat petunjuk dan dibukakan hati supaya dapat menerima taufik dan hidayah ataupun dapat menerima matlamat perjuangan.

Surah 60:7. Mudah-mudahan Allah menimbulkan kasih sayang antaramu dengan orang-orang yang kamu musuhi di antara mereka. Dan Allah adalah Maha Kuasa. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Pelik apabila ada yang sanggup berdoa di khalayak ramai di tempat terbuka dengan bermohon kepada Allah agar 'dimusnahkan si fulan ini dan si fulan itu'. Ada pula yang sanggup berkempen dengan memaki hamun pihak tertentu di tempat terbuka, semata-mata untuk mendapat undi..

Aduhhh... inikah wajah Islam yang sebenarnya?? sudah pasti tidak... tetapi pada pandangan orang yang bukan beragama Islam sudah pasti pandangan mereka cukup buruk terhadap ISLAM..

Itulah nasib bila emosi mengatasi ilmu allah....

Thursday, September 18, 2008

Ingat 5 perkara


Renung-renungkanlah...


1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati.

Ingatlah apa yang telah disyariatkan kepada kita sebagai orang-orang yang beriman..

Tuesday, September 16, 2008

Jangan jadi ‘pengganti’ syaitan

.
Kepentingan ilmu dalam kehidupan sememangnya diakui oleh manusia. Ilmu dapat membebaskan seseorang daripada kejahilan dan juga kemiskinan.

Ilmu juga menjadikan manusia seorang yang patuh kepada segala suruhan Allah dan meninggalkan segala yang ditegah.

Allah berfirman: Yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya adalah orang yang berilmu. (Faatir: 28)

Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto HALIM KHALID menemu bual Pengarah Dar Taibah Sdn. Bhd., Dr. Abdul Basit Abd. Rahman bagi mengupas isu ini.

Mega: Selalunya majlis ilmu kurang diminati termasuk dalam bulan Ramadan. Bagaimana hendak mengatasi hal ini?

DR. BASIT: Ramai di kalangan kita yang tidak ambil berat majlis ilmu. Apabila tidak dibiasakan mengikuti majlis ilmu di luar Ramadan maka dalam bulan yang penuh berkat ini pun mereka masih kekok menghadirinya.

Sebab itu, pepatah Arab ada menyebut, “nafsu itu seperti bayi, kalau dibiarkan ia akan terus menyusu tetapi kalau dilepaskan ia akan lepas”.

Sepatutnya dalam bulan Ramadan di mana syaitan itu dibelenggu sebagaimana mafhum sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari, umat Islam perlu ada kesedaran. Pada masa yang sama perlu ada kekuatan dan usaha untuk menaikkan taraf iman. Sebab iman itu ada pasang surutnya.

Ramadan memberi peluang yang besar kepada kita untuk melawan secara gentleman iaitu satu dengan satu dengan nafsu. Kita tidak lagi terpaksa berhadapan dengan syaitan kerana telah dibelenggu.

Justeru, kita kena istiqamah dan banyak berzikir. Ulama berkata, zikir itu bukan hanya sebut subhanallah sahaja tetapi meliputi baca al-Quran, bab halal dan haram termasuk makanan dan juga majlis-majlis tazkirah.

Bagi pelajar institusi pengajian tinggi, ada yang beranggapan rugi kalau tidak bertarawih kerana menghadiri kuliah. Betulkan tindakan ini?

DR. BASIT: Bagi pelajar, apabila bertembung jadual kuliah dengan tarawih mereka perlu bijak membahagikan masa.

Waktu menunaikan solat tarawih itu panjang iaitu bermula selepas solat Isyak hinggalah sebelum masuk waktu Subuh. Maknanya, jika menghadiri kelas malam mereka masih boleh solat tarawih.

Yang terbaik adalah cari rakan-rakan yang belum solat dan tunaikan solat tarawih secara berjemaah. Solat ini pula boleh dibuat secara ringkas. Memadai dengan hanya membaca ayat-ayat lazim selepas al-fatihah.

Ataupun, pelajar boleh pilih untuk solat sendirian. Lagipun asal ibadat sunat tarawih pun dilakukan secara individu oleh Rasulullah SAW. Baginda hanya keluar berjemaah pada beberapa malam terakhir di akhir hayatnya.

Yang menggalakkan ia dikerjakan secara berjemaah ialah saidina Umar selepas melihat solat bersendirian itu kurang meriah.


Kaedah yang sama boleh dilakukan oleh mereka yang terpaksa bertugas waktu malam seperti anggota penguatkuasa dan pasukan keselamatan.

Yang penting, jangan diabaikan sehingga tertinggal pelajaran dan jangan diabaikan tarawih. Sebabnya, Rasulullah bersabda, barang siapa yang mendirikan Ramadan dengan keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan dosanya yang lalu. (riwayat Bukhari)

Mendirikan Ramadan bermaksud menghidupkan malamnya iaitu dengan solat tarawih dan ibadat lain. Solat tarawih termasuk dalam golongan yang disebut dalam hadis ini.

Walaupun syaitan dibelenggu, ajaran sesat dan maksiat masih berlaku dalam Ramadan. Mengapa ajaran sebegini masih ada pengikutnya?

DR. BASIT: Golongan begini sebenarnya telah terdidik oleh syaitan. Jadi apabila syaitan dirantai mereka menjadi galang gantinya.

Syaitan ‘asli’ sudah tidak ada dalam Ramadan tetapi ‘penggantinya’ masih berkeliaran. Mereka mengajak manusia melakukan perlanggaran hukum Allah dalam Ramadan.

Antara sebabnya adalah penyakit syubhat dalam diri menyebabkan manusia mudah terima benda-benda yang pelik.

Jangan pula kita hairan, kerana kadang-kadang yang disesatkan itu adalah mereka yang berpendidikan agama. Allah sesatkan mereka dalam ilmu mereka sendiri.

Demikian juga masih ramai orang lulusan agama tetapi masih terlibat dengan skim cepat kaya, saham konvensional dan lain-lain.

Ingatlah firman Allah: ...dan janganlah kamu menurut hawa nafsu kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah...(Saad: 26)

Muslim itu bersaudara sebagaimana ayat 10 surah al-Hujurat. Apakah saranan Islam untuk memperbaiki ukhwah terutama dalam Ramadan?

DR. BASIT: Dalam bab memperbaiki hubungan silaturrahim dan persaudaraan ini Ramadan pastinya masa yang terbaik. Terutamanya menziarahi ibu bapa di kampung bertanyakan tentang makan minum mereka. Jangan tunggu hari raya sahaja baru nak pulang menziarahi mereka.

Dalam politik pun, perlu dipulihkan ukhwah Islamiah. Kita kena sayang kepada sesama Muslim seperti sayangkan diri sendiri.

Jika ada perselisihan yang dibiarkan, ia akan menghalang mendapat pengampunan dalam Ramadan. Gali balik al-Quran dan jadikannya paksi sebenar pegangan.

#Petikan dari utusan : Utusan

Friday, September 12, 2008

Bukalah Hatimu - M. Nasir

.
Mereka bawa perang di kaca TV
Secara 'live' melalui satelit
Yang untung broker teknologi
Yang kita hanya dapat kemeja-T

CNN bawa berita beruang luka
CIAkah yang menembaknya
Amerika sibuk mencaturi dunia
Beban sengsara hutang bertambah
Di dunia ketiga
Dunia ketiga

Bicara tentang penghapusan Marga
Marga mana yang harus dihapuskan
Arya semit, Negroid, Mongoloid
Siapakah kita di sisi Tuhan

Salahkan Zionis
Atau Freemason
Salahkan Nazi
Dan Klu Klux Klan
Salahkan orangtua
Salahkan sejarah
Salahkan semuanya
Tapi dirimu

Bukalah hatimu
Pada kebenaran
Buka hatimu
Pada kebenaran

Haruskah kita diperdayakan
Dalam permainan dalang tua
Bukalah hatimu
Pada kebenaran
Kerna kebenaran
Ada di dalam

Haruskah kita sama menyertai
Skim kehancuran ini
Bukalah hatimu
Pada kebenaran
Kerna kebenaran
Ada di dalam

Mudah sangat menyalahkan orang
Bila diri ditimpa malang
Bukalah hatimu
Pada kebenaran
Kerna kebenaran
Ada di dalam

M. Nasir rap:
Yo! berapa kali Abang M. Nasir
Nak bilang, nak ulang
Kalau nak tahu cerita
Mesti tahu tajuknya
Kalau tak faham, bertanya
Jangan hentam keromo
Nanti takut-takut salah tarik
Nak tarik ular lidi tertarik naga
Hitam campur putih memang kelabu(lah?)

Thursday, September 11, 2008

Sampai bila Islam terus di bawah.

Islam akan terus di bawah dan di pijak-pijak selagi manusia tidak memahami wahyu yang di turunkan Allah. Islam akan terus diperkotak-katikkan selagi kita tidak mampu memfungsikan Al-Quran, sekali gus tidak mampu menjanakan akal fikiran.

Selagi manusia tidak mampu memisahkan antara yang hak dan yang batil, selagi itulah manusia terus berada di dalam kegelapan.

Surah 38:29. Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.

Surah 6:39. Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami adalah pekak, bisu dan berada dalam gelap gulita. Barangsiapa yang dikehendaki Allah (kesesatannya), niscaya disesatkan-Nya. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah (untuk diberi-Nya petunjuk), niscaya Dia menjadikan-Nya berada di atas jalan yang lurus

Islam pernah berada di kemuncak nikmat pada suatu masa dahulu, sehinggalah ianya jatuh pada tahun 1924. Semenjak itulah umat Islam terus mengalami pelbagai kebinasaan dan balasan.

Surah 14:28. Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang telah menukar nikmat Allah dengan kekafiran dan menjatuhkan kaumnya ke lembah kebinasaan?,

Akhirnya, bolehlah kita membaca "sadaqallahul ‘Azim" @ Benarlah kata-kata Allah.