Tuesday, April 7, 2009

Bila bukan Islam membaca Al-Quran..

Sekali lagi negara kita disibukkan dengan hal politik semasa, mengundi dan terus mengundi. Pelbagai kaedah kempen diketengahkan. Pelbagai isu cuba dibangkitkan. Tetapi saya cukup tertarik, apabila orang Cina mulai membaca Al-Quran di khalayak ramai.

Apabila diperhatikan dengan tenang seperti perintah Allah di dalam surah 7 ayat 2o4, saya mulai terfikir. Di zaman kebangkitan Islam kian menjelma banyak tanda-tanda kiamat atau kebangkitan mulai kelihatan. Kalau orang yang bukan Islam sudah mula menggunakan Al-Quran sebagai satu modal perjuangan bagaimana pula orang yang mengaku Islam. Sudahkah mereka memahami setiap ayat Allah.

Atau sekadar menempelak orang bukan Islam yang membaca Al-Quran itu, sedangkan mereka yang menempelak tidak pernah pula memerhatikan ayat-ayat Allah. Sekali pandang akan kelihatan seolah-olah orang-orang bukan Islam itu memperlekehkan ayat-ayat Allah tetapi bila diteliti semula orang yang mengaku beragama Islam yang tidak mendalami Al-Quran atau tiada usaha memahami ayat-ayat Allah lebih hina dari kaca mata Allah.

Kalau dulu orang Kristian mengakui tuhan mereka bernama Allah dan kini orang bukan Islam berbangsa Cina pula membaca Al-Quran sebagai panduan, maka diharapkan tugas menegakkan Islam akan menjadi mudah dengan izin Allah. Amin