Saturday, December 6, 2008

Parti Oh Parti

Parti oh parti... cukupkah kalau perjuangan Islam berlandaskan kepartian. Kalau di Malaysia, adakah parti yang betul-betul memperjuangkan Islam dan berjaya. Oh ya... Sebelum kita pergi lebih jauh, cuba perhatikan sebelum sebuah parti layak bertanding di dalam pilihanraya parti tersebut perlu didaftarkan dan diluluskan oleh SPR. Siapa SPR? bukankah sesetengah pihak mempertikaikan kewibawaan SPR. Sehingga terlupa pentadbiran SPR juga dibentuk atas persetujuan pihak kerajaan.

Manakala yang berada di dalam SPR pula tetap manusia biasa, tidak terlepas dari sifat menyokong sesuatu parti walaupun tidak menonjol. Tidak mustahil mereka juga terdiri dari orang-orang dalam sesebuah parti. Maka tidak mustahil peraturan-peraturan dan syarat-syarat di dalam pilihanraya menjadi berat sebelah.

Maka pertandingan menjadi tidak adil, walaupun kadang-kadang ada yang membantah tetapi apa hasilnya.

Bercerita tentang parti pula, adakah semua yang berada di dalam parti tersebut mempunyai satu matlamat. Adakah perjuangan mereka berlandaskan wahyu atau sekadar mencari isu untuk menjatuhkan musuh!.

Beberapa banyak pula ayat-ayat Allah yang dibacakan setiap kali pertemuan @ musyawarah @ di dalam perancangan mereka. Kalau dibacakan pun, adakah mereka menghayati dan menjadi petunjuk di dalam menegakkan Islam. Atau sekadar dibaca untuk menunjukkan identiti Islam sahaja.

Berkawan dengan orang bodoh kita pun akan jadi bodoh, berkawan dengan orang kafir kita pun menjadi kafir. Mana tidaknya, mengharapkan kerjasama dengan orang kafir untuk membentuk kerajaan. Sudahnya, mereka tidak setuju setiap kali cadangan yang dikemukakan cenderung kepada Islam, maka senyaplah yang memberikan cadangan itu. Katanya demi menjaga 'persefahaman bersama'.

Apa persefahaman bersama itu? Maka ditolak tepilah matlamat menegakkan Islam demi menjaga kepentingan bersama di dalam pentadbiran sesebuah kerajaan.

Jadi bolehkah perjuangan menegakkan Islam berdasarkan parti mencapai matlamatnya? Cuba perhatikan dengan tenang dan bukan dengan hawa nafsu yang rendah.