Wednesday, October 15, 2008

Perhatikan kaitan Azan dan takbir raya..

Laungan Azan :
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar (hanya 2 kali)
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar (hanya 2 kali)
...
Marilah bersolat
Marilah Menuju kejayaan (diingatkan bersolat untuk mendapatkan kejayaan)


Takbir Raya :
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, (3 kali di hari kemenangan)
Allah Maha Besar segala puji hanya untuk Allah, Allah Maha Besar dan Maha Agong,
segala puji sebanyak-banyaknya untuk Allah, Maha Suci Allah untuk pagi dan petang,
Tiada Tuhan Melainkan Allah, Tiada yang kami sembah melainkan Allah,
Kami mengikhlaskan diri untukNya agamaNya,
Walau orang-orang kafir membenci(Surah 61:9),

Tiada Tuhan melainkan Allah yang Satu, Yang benar janjiNya,
Dan mengurniakan kemenangan kepada hambaNya, (telahpun berjaya)
Dan mengusir tentera musuhNya dan hazam al ahzab , Tiada Tuhan melainkan Allah Maha Besar, Segala Puji hanya untuk Allah.

# Pengertian azan dan takbir raya sungguh besar maknanya kepada orang-orang yang beriman kerana hasil pengorbanan mereka berjaya menegakkan kembali FITRAH ALLAH...