Friday, October 3, 2008

Kembalinya Fitrah

1 Syawal baru saja berlalu, mungkin ada yang masih bersuka ria menyambut bulan mulia ini selama sebulan. Pelbagai acara dilangsungkan seperti rumah terbuka dan ziarah-menziarahi. Ada yang mengikut adat-adat Melayu ada juga yang terlampau mengikutkan nafsu seperti manusia yang tiada pegangan atau panduan hidup. Begitulah akhirnya yang berlaku di bulan-bulan Syawal dan tahun-tahun yang mendatang, berulang-berulang perkara yang sama tanpa pengertian yang sempurna sebagai Hamba Allah, apatah lagi sebagai khalifah Allah di muka bumi.

Apa maksud Aidilfitri di sisi Islam yang sebenar-benarnya? Adakah sekadar menyambut kemenangan berpuasa selama sebulan? Jika apa yang berlaku sekarang dianggap satu amalan biasa setiap tahun, apa bezanya Aidilfitri dengan perayaan agama-agama lain?

Cuba anda perhatikan dengan tenang, semoga Allah membuka pintu hati anda untuk mencari kebenaran yang semakin jauh dalam dada manusia.

Sebagai Hamba Allah dan sebagai Khalifah Allah di muka bumi, fikirkanlah kaitan setiap perkara yang berlaku dengan tujuan penciptaan kita di muka bumi...

Lihat kembali sejarah kerasulan nabi Muhammad SAW hinggalah ke hayat terakhir. Hayati juga satu-persatu wahyu terakhir surah 5 ayat 3.