Saturday, October 11, 2008

Ucapan kepada Dr Asri dan Orang-orang beriman

Salam, di dalam kesibukan orang ramai merayakan aidilfitri sebagai satu kemenangan berpuasa selama sebulan, saya berharap dr asri dan orang2 yg beriman dapat menegakkan Islam seperti mana Rasul2 terdahulu diutuskan untuk meletakkan Islam diatas segala agama2 yang lain (Surah 9 :33) mengikut Sunnah @ kaedah seperti mana Nabi Muhammad laksanakan.

Perjuangan berasaskan kepartian atau sebarang pertubuhan agama tiada jaminan Islam berjaya ditegakkan. Masing-masing akan bersuara jika perkara yang dipertikaikan tidak menjatuhkan parti mahupun pertubuhan mereka.
Surah39:45. Dan apabila hanya nama Allah saja disebut, kesallah hati orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat; dan apabila nama sembahan-sembahan selain Allah yang disebut, tiba-tiba mereka bergirang hati.

Biarlah perjuangan atas nama Allah menjadi landasan yang sebenarnya. Berkata benar walaupun pahit itulah prinsip perjuangan yang sebenar-benarnya. Semoga kita akan meraikan kemenangan yang mutlak suatu hari nanti iaitu kemenangan kembalinya manusia kepada fitrah sepertimana Nabi Muhammad Saw dan Umat selepas mereka merasakan.

Surah 48:28. Dia-lah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang hak agar dimenangkan-Nya terhadap semua agama. Dan cukuplah Allah sebagai saksi.